Search This Blog

KESIMPULAN


Kesimpulannya, penggunaan laman sosial ini mendatangkan pelbagai kebaikan dan keburukan kepada semua golongan lapisan masyarakat. Namun, yang penting adalah kesedaran bahawa di tahap manakah kita sebagai pengguna media sosial. Kita mestilah cakna dan celik dalam mendisiplinkan diri sebagai pengguna yang berhemah. Sebagai manusia yang berakal pastinya kita perlu menangkis setiap perkara yang buruk. Pepatah ada mengatakan bahawa “mencegah itu lebih baik daripada mengubati”. Terdapat pelbagai keburukan yang ada pada media masa yang boleh merosakkan generasi muda seperti remaja- remaja pada masa kini. Generasi muda amat lah  penting bagi sesebuah negara kerana remaja ialah tiang negara. Sejarah Islam menyaksikan kebangkitan dan kekuatan ummah dengan pemuda berada di hadapan. Golongan ini mempunyai kekuatan fizikal dan mental, ketinggian semangat serta mempunyai cita-cita dan idealisme. Runtuhnya zaman jahiliah, hasil sokongan padu pemuda yang menyahut seruan dakwah, seperti dapat dilihat pada awal kebangkitan Islam di Makkah. Pemuda ialah kelompok terbesar menerima dakwah Nabi SAW hingga amat disayangi Baginda. Nabi Muhammad SAW dilantik menjadi rasul ketika berusia 40 tahun, iaitu puncak kematangan umur bagi pemuda. Zaman remaja ialah penilaian diri, penentuan identiti dan tempoh pembentukan diri. Ini bermakna jika tersilap langkah, masa depan mereka sukar dibentuk. Justeru, potensi pemuda hari ini perlu dipupuk dengan kekuatan dan kecemerlangan terarah mengikut apa disyariatkan Islam. Oleh itu, penting lah untuk menjaga generasi melenial ini daripada terpengaruh dengan budaya kekerasan yang mampu merosakan generasi pada masa kini.


No comments:

Post a Comment

  NAMA PENSYARAH: PUAN ROHANA BINTI ABDULLAH KOD SUBJEK: MPU23012 KELAS: DPM2B NAMA PELAJAR   NO MATRIK MUSYAHASLINA BINTI MUSTAPHA 04DPM22F...