Search This Blog

PENGERTIAN DAN OBJEKTIF MENGENAI KAJIAN MEDIA MASSA

 

Secara umumnya media massa dapat dilihat sebagai alat atau sumber seperti televisyen, surat khabar, majalah dan sebagainya yang menyampaikan informasi kepada orang ramai dengan kadar  yang   cepat   dan   dalam   masa   yang   singkat.   Media   massa   juga  memainkan   peranan penting dalam menyalurkan maklumat kepada masyarakat kerana ia dapat mempengaruhi dan memberi kesan  yang   besar bagi mewarnakan gagasan kemanusiaan.  Melalui  media massa, masyarakat   dapat   menerima   maklumat   dengan   lebih   pantas   dan   cepat.  Segala   maklumat media massa ini dihasilkan dalam bentuk berita yang mudah supaya difahami oleh khalayak ramai. Maklumat  berbentuk   berita  ini pula disalurkan melalui  media   elektronik dan media cetak. Kebanyakan berita melalui media elektronik lebih cepat disampaikan kepada khalayak ramai berbanding media cetak. Antara contoh media elektronik seperti radio, televisyen dan internet. Media elektronik berupaya merentasi benua dan negara yang tidak mungkin dapat dilakukan   oleh   media   lain   kerana   ia   memainkan   peranan   sebagai   alat   memujuk   yang digunakan bagi kepentingan masyarakat dalam pelbagai aktiviti mereka. media elektronik adalah lebih cepat disampaikan kepada  khalayak   berbanding  dengan   media   cetak.  Antara  contoh   media elektronik   adalah  televisyen, radio dan internet. Media elektronik berupaya merentasi benua dan negara yang tidak   mungkin   dapat   dilakukan   oleh  media   lain.  Media   elektronik   memainkan   peranan sebagai alat memujuk yang digunakan bagi kepentingan masyarakat dalam pelbagai aktiviti. Media   elektronik   mempunyai   pengaruh   yang   kuat   dan   merupakan   mekanisme   bagi menyampaikan mesej kepada   masyarakat.   Media juga bertindak sebagai   penyalur   budaya, sosial,   maklumat,   nilai   dan   norma   dari   satu   generasi   ke   satu   generasi   secara   berterusan. Media   massa   perlu  dikawal  supaya   mempunyai  nilai-nilai   positif  yang   dapat  membina masyarakat   dan   belia   ke   arah   kebaikan.   Peranan   media   hendaklah   mendidik   pembaca khususnya golongan belia supaya bertanggungjawab mencegah segala bentuk gejala negatif.


OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan laporan ini disediakan adalah untuk menjawab persoalan yang telah diberikan. Persoalan tersebut ialah menerangkan tiga cara bagaimana media massa telah mempengaruhi pemikiran remaja islam dengan budaya keganasan beserta langkah mengatasinya. Kami telah mengemukan tiga punca dan dua langkah bagi mengatasi masalah yang telah disebutkan.


No comments:

Post a Comment

  NAMA PENSYARAH: PUAN ROHANA BINTI ABDULLAH KOD SUBJEK: MPU23012 KELAS: DPM2B NAMA PELAJAR   NO MATRIK MUSYAHASLINA BINTI MUSTAPHA 04DPM22F...