1. IBU BAPA PERLU MEMANTAU KEGIATAN ANAK-ANAK.
Ibu bapa berperanan penting dalam mendidikan anak-anak
mereka daripada umur setahun jagung supaya mereka dapat membesar dalam keadaan
baik dan tidak terpengaruh dengan perkara yang negatif. Contohnya, ibu bapa
perlu menghadkan masa anak-anak dengan telefon pintar supaya mereka tidak
terlalu taksub dengan media massa. Ibu bapa juga perlu memantau anak-anak
mereka ketika menggunakan media massa supaya mereka tidak dipengaruhi oleh
budaya negatif seperti isu keganasan supaya mereka tidak terdedah dengan
keganasan terhadap orang lain. Kesannya, mereka tidak akan terlibat dalam
membuli rakan-rakan mereka sekaligus melakukan keganasan kepada mana-mana
rakannya. Hal ini juga dapat membantu Malaysia menurunkan kes jenayah dan
menjadikan rakyat hidup dalam keadaan aman. Oleh itu, ibu bapa hendaklah
melentur buluh biarlah dari rebungnya dalam memantau mereka ketika menggunakan
media massa supaya anak-anak mereka tidak terpengaruh dengan budaya keganasan
dan perkara yang tidak diingini.
2) REMAJA PERLU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG
BERKUALITI DENGAN ORANG SEKELILING.
Remaja haruslah mengimbangkan keperluan emosi diri
seperti perasaan ingin tahu dan kehendak untuk berpasangan supaya dapat
menjamin matlamat hidup iaitu untuk berjaya dalam pelajaran dan mencapai
cita-cita yang disemat sejak kecil lagi. Oleh yang demikian, remaja amat
memerlukan hubungan yang berkualiti dan dipercayai dengan ahli keluarga dan
guru-guru. Apabila hubungan tersebut dapat disemai maka remaja akan memilih
untuk berkongsi setiap suka dan dukanya serta tidak memerlukan individu lain
bagi mengisi kekosongan emosinya. Selain itu, hubungan dengan rakan-rakan juga
haruslah dititikberatkan dengan memilih rakan yang dapat menunjukkan remaja
untuk berada di jalan yang benar. Sesuai dengan sifat ingin tahu yang tinggi
serta gemar untuk berkawan, sudah tentulah remaja akan mudah didampingi oleh
ramai rakan-rakan tanpa mengira peringkat usia. Hal ini penting bagi seorang
remaja untuk mendampingi rakan-rakan yang baik untuk menjadikan diri sendiri
menjadi lebih baik. Rakan yang baik akan mengajak remaja untuk belajar
bersungguh-sungguh supaya berjaya dalam pelajaran, mendengar nasihat ibubapa
serta menjadikan guru-guru sebagai idola untuk maju dalam kehidupan.
Sebaliknya, rakan yang tidak baik pula mendorong remaja untuk mencuba
perkara-perkara yang negatif serta tidak mengendahkan nasihat ibubapa dan
guru-guru. Rakan yang tidak baik juga akan memperkenalkan remaja dengan orang
lain tanpa arah tujuan yang khusus serta sering mengajak melakukan
perkara-perkara yang tidak berfaedah.
3. PEMAHAMAN AGAMA YANG BETUL.
Untuk mengatasi gejala tersebut, anak-anak muda perlulah
diisi rohaninya dengan pemahaman agama yang betul. Kebanyakkan mereka yang
tergelincir daripada landasan Islam yang benar adalah kerana tidak mempunyai
kefahaman agama asas yang kukuh. Mereka menyangka bahawa dengan melakukan
keganasan, akan menyelesaikan segala masalah yang mereka hadapi. Apatah lagi
ada yang ingin melaksanakan jihad perang terhadap kerajaan Islam. Dengan adanya
kefahaman agama yang baik dalam diri anak remaja muslim, sudah semestinya
semangat jihad yang berkobar dalam diri mereka dapat disalurkan melalui jalan
yang betul. Betapa banyak kerosakkan negara-negara Islam, hasil daripada
pemahaman jihad yang sempit. Akhirnya negara Islam yang mereka impikan hancur
dan mereka sentiasa hidup dalam kesempitan samada untuk meneruskan kehidupan
dunia, serta mengamalkan ajaran Islam yang lain. Rasulullah ﷺ bersabda:
"Akan muncul diantara umatku, kaum yang membaca Al-Quran, yang mana bacaan
kamu tidak ada nilainya dibandingkan dengan bacaan mereka, dan solat kamu tidak
ada nilainya dibandingkan dengan solat mereka, dan puasa kamu tidak ada ertinya
dibandingkan dengan puasa mereka, mereka membaca Al-Quran sehingga kamu akan
menyangka bahawasanya Al-Quran itu milik mereka sahaja, padahal sebenarnya
Al-Quran itu akan melaknat mereka. Tidaklah solat mereka melalui kerongkongan
mereka, mereka itu akan memecah agama Islam sebagaimana keluarnya anak panah
daripada busurnya ” (Sahih Muslim/ 2467, Sunan Abu Daud/4748 ). Sayyidina Ali
bin Abi Thalib menyatakan bahawasanya dia mendengar Rasulullah ﷺ bersabda:
”Pada akhir zaman nanti akan muncul kaum yang berusia muda (ahdasul asnan),
berfikiran pendek (sufahaul ahlam), mereka memperkatakan sebaik-baik ucapan
kebaikan, mereka membaca Al-Quran tetapi bacaan mereka itu tidak melebihi
(melampui) kerongkong mereka, mereka memecah agama sebagaimana keluarnya anak
panah dari busurnya maka dimanapun kamu menjumpainya maka perangilah mereka
sebab dalam memerangi mereka terdapat pahala disisi Allah pada hari kiamat kelak.
” (Sahih Bukhari/6930, Sahih Muslim/2462, Sunan Abu Daud/4767, Sunan Nasai/4107
Sunan Ibnu Majah/168, Sunan Ahmad/616 ).
No comments:
Post a Comment