1. PERMAINAN VIDEO
Pada masa kini, Malaysia semakin berkembang dengan
dunia teknologi yang telah diperkenalkan kepada masyarakat di Malaysia.
Permainan video merupakan salah satu teknologi yang terkenal dalam kalangan
remaja mahupun kanak-kanak. Pelbagai permainan video telah dicipta melalui
kecanggihan teknologi yang sedia ada untuk menarik perhatian golongan remaja
dan kanak-kanak. Remaja pada masa kini telah menghabiskan banyak masa mereka
dengan bermain permainan video daripada melakukan aktiviti yang berfaedah
seperti bersukan dan sebagainya. Hal ini kerana permainan video membawa
pengaruh yang sangat besar kepada mereka sehingga mereka terlalu taksub dengan
permainan video tersebut. Terdapat juga permainan video yang memberi kesan yang
buruk kepada mereka bergantung kepada pemain dan jenis permainan yang dipilih.
Permainan video yang berunsurkan keganasan dan peperangan merupakan pilihan
utama golongan remaja sekarang. Permainan video seperti Player Unknown’s Battle
Grounds (PUBG), Mobile Legend & Free Fire adalah contoh permainan yang
berunsurkan keganasan dan peperangan. Permainan video ini dimainkan secara
berkumpulan dan merupakan permainan yang paling banyak dimainkan sejak Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP). Hal ini kerana permainan video ini dapat mendatangkan
keseronokan dan kepuasan kepada pemain apabila mereka dapat memenangi
peperangan tersebut. Kesannya, aksi yang dimainkan dalam permainan video itu
akan mempengaruhi para pemain lebih-lebih lagi kepada golongan remaja yang
mudah terpengaruh. Hal ini secara tidak langsung akan menyebabkan mereka
terbawa-bawa aksi peperangan dan keganasan tersebut ke dunia realiti. Ia akan
menyebabkan berlakunya perkara yang tidak diingini dan kes jenayah di Malaysia
semakin meningkat serta keadaan di Malaysia menjadi huru-hara.
2. PENGARUH FESYEN BUDAYA BARAT
Perkembangan fesyen di Barat amat pantas meresap masuk ke
dalam dunia Islam walaupun negara tersebut mengamalkan sistem yang paling
konservatif. Sebagai contoh, negara Arab Saudi merupakan negara yang paling
konservatif tetapi elemen-elemen Barat sudah meresapi negara tersebut di mana
pelbagai filem Barat yang diterjemahkan ke dalam bahasa Arab sudah menjadi
bahan tontonan umum masyarakat di rumah. Berhampiran dengan Masjid Madinah,
terdapat gedung pakaian menjual pakaian wanita yang sama fesyennya dengan gedung
pakaian di London. Lain daripada itu, gaya hias wajah dan fesyen pakaian Barat
menjadi ikutan remaja Islam kerana pada pemikiran mereka setiap perkembangan
gaya hias wajah dan fesyen daripada Barat adalah sofistikated walaupun
realitinya adalah janggal dan menjolok mata. Hal ini menunjukkan bahawa peranan
media amat mempengaruhi pemikiran dan jiwa umat Islam. Seterusnya, ideologi
sekular Barat pantas menular dalam dunia Islam apabila media elektronik menjadi
bahan utama untuk menyampaikan maklumat. Laman web lesbian, gay, bisexual
begitu aktif menyebarkan ideologi tersebut dengan memaparkan adegan-adegan seks
yang diamalkan oleh mereka.
3) PROPAGANDA ORANG KAFIR
Maksud bagi propaganda iaitu daiyah. Perkataan ini bermaksud penyebaran atau penyiaran sesuatu ideologi atau pendapat untuk mendapatkan sokongan. Walaubagaimanapun berbeza dengan daiyah maksudnya dan penggunaannya, propaganda mempunyai sifat yang lebih denamik, konteks penggunaanya cukup luas keadaan ini membolehkan propaganda dihuraikan dengan pelbagai tafsiran dari bermacam-macam sudut dan perspektif. Ahli sains politik dan pakar teori komunikasi terkenal Amerika Syarikat Harold (1902-1978) mentafsirkan propaganda sebagai teknik untuk mempengaruhi tingkah laku manusia dengan memanipulasi mesej-mesej tersebut boleh berbentuk lisan, tulisan, musik dan sebagainya. Maka atas sebab progapanda seperti inilah yang direka oleh orang kafir untuk melemahkan umat Islam. Dengan propaganda seperti ini ia melemahkan remaja umat Islam dimana ia adalah generasi yang akan datang bagi umat Islam, apabila rosaknya generasi maka rosaklah sesuatu tauladan. Antara propaganda yang digerakkan oleh orang kafir adalah "Islamofobia". Propaganda ini digerakkan bersama dengan sentimen yang negatif diletakkan kepada Islam. Mereka mengatakan bahawa Islam ini hanya bergerak melalui keganasan. Hasil daripada propaganda seperti ini, ramai kalangan anak muda yang jahil mempercayainya, dan akhirnya turun ke "medan jihad" kerana terpedaya dengan propaganda seperti ini.
No comments:
Post a Comment